Friday, October 10, 2014

Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani

Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki merupakan imam yang juga ulamak yang sangat saya kasihi, kagumi dan hormati. Saya juga percaya beliau juga disayangi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.


Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki 

Saya pernah bertemu dengan beliau 'in person' pada tahun 2014 semasa menunaikan ibadah Tarawih di bulan Ramadhan di Masjid Besar Sabak Bernam. Sempat bersalaman dengan beliau sebaik sahaja selepas menunaikan solat, alhamdulillah...Tabaraq.



Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1979 di Kota Suci Makkah Al-Mukaramah, Arab Saudi. Sheikh dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan Al Quran di Masjid Al-Haram dan boleh mempedengar kan bacaan Quran mengikut lebih daripada 15 suara pembaca AL Quran yang hebat-hebat termasuk Sheik Masyaari Al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy. 

Berikutnya adalah sedutan video yang menceritakan sedikit sebanyak asal usul dan pembesaran beliau...




Berketurunan kacukan Melayu dan Thailand, walaupun lama menetap di Mekah tetapi beliau boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik sekali.

Sheikh Abdul Karim mula belajar dan mendalam talaqqi dan hafiz Al-Quran bermula pada usia 8 tahun di Masjidil Haram.

Menyambung pelajaran di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif, Arab Saudi dan melanjutakan pelajaran di Maahad Darul Maarif, Thailand dan Maahad Ali Li Al-Dirasat Al-Islamiyyah Wal-Arabiayyah (MADIWA) Perak. 

Berikut merupakan bacaan sural Al-Mulk... pasti akan menggetarkan jiwa muslimin dan muslimat.




Menamatkan pendidikan Syariat Islam dari Universiti Al Azhar dan mendapat biasiswa jurusan Tafsir dan Hadis di Universiti King Saud, Arad Saudi.

Sekarang Sheikh Abdul Karim bertugas sebagai Imam di Masjid Negeri Sultan Salahudin, Shah Alam Selangor disamping menjadi jemputan di rancangan di TV9 dan TV Al-Hijrah. 


Beliau juga antara muazim yang azan di TV9 dan TV Hijrah. Kita boleh dapatkan CD bacaan ayat Al Quran Sheikh Abdul Karim di kedai-kedai yang menjual CD agama.

Wallahualam...
kenali bangsa Melayu

5 comments:

  1. Assalamualaikum. mohon informasinya bagaimana cara beli cd bacaan alquran sheikh abdul karim

    ReplyDelete
  2. Masya allah.. Anugrah yg luar biasa.. Moga allah memanjangkan umur beliau..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah masyaallah.. Insan yg mulia serta beruntung dilahirkan sebagai seorang yg Hafazan dan juga berpengaruh di Madsjidil Haram.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah pagi ini 20 Ramadan bersamaan 2 Mei 2021, di Masjid Muadz Bin Jabal Taman Setiawangsa, Sheikh Karim memimpin qiamulail, melaungkan azan subuh, mengimamkan solat subuh dan menyampaikan tazkirah. Terasa macam berada di Masjidil Haram. Didoakan Sheikh Karim diberi kekuatan untuk terus melaksanakan dakwah. Aamiiiiiin

    ReplyDelete
  5. saya ingin berguru ke syekh abdul karim al makki,gmna caranya..???

    ReplyDelete