Saturday, October 25, 2014

Geliung, antara Kapal Melayu yang Agung

Bangsa Melayu dikatakan pernah menjadi satu bangsa yang agung di dalam Maritim dan dunia perkapalan diseluruh Asia Tenggara mahupun seluruh seantero dunia.

Dibawah merupakan kapal yang bersaiz mega yang dikatakan berpuluh kali ganda besar daripada kapal pelayar dari negara2 barat pada ketika itu... tahun berapa? Admin kurang pasti, kena kaji lagi;

Saiz Geliung tidak dapat menandingi besarnya saiz Jong 

Gambar galleon (kapal Portugis zaman dahulu) diletakkan di hadapan jong bagi menunjukkan kemungkinan perbandingan saiz Jong Melayu dengan galleon, berdasarkan catatan-catatan orang Portugis dahulu berkenaan Jong Melayu seperti;

Petikan 'Portuguese Documents On Malacca' mukasurat 213

“Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya (apabila menyerang jong), dan dinding jong setebal empat lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam” 

- Kapal Prua (Proa Ship) - Sebenarnya inilah yang dipanggil Perahu

- Kapal Kura-Kura (Cora-Cora/ Turtle Ship)


Kapal / Lanchara / Jong Melayu / Perahu Bersayap




Catatan Tom Pires menceritakan bahawa kapal Jong Melayu dari Melaka dan Jawa apabila berlabuh di Canton China pasti diarahkan berlabuh jauh dari pantai kerana dikhuatiri besarnya Jong Melayu akan menewaskan 20 kapal Cina.

Bangsa Melayu merupakan bangsa terheat di dalam meneroka bidang maritim antaranya kerana pakar dalam pembuatan kapal-kapal besar.


Dalam suatu gambar yang diambil dari Muzium Portugis, sebuah kapal perang terbesar Portugis diilustrasikan sebelah-menyebelah dengan kapal Jong Melayu yang mana saiznya adalah berukuran 100 meter dan setinggi 25 tingkat rumah.

lihatlah betapa hebatnya kapal-kapal rumpun Melayu sejak zaman berzaman. Sesungguhnya tamadun orang-orang Melayu Polinesia dan Nusantara adalah tamadun yang didirikan atas nama pelayaran di lautan yang luas. 

Bangsa Eropah dan orang-orang dari Timur juga amat kagum dengan teknologi senibina kapal dan perahu orang Melayu Polinesia dan Nusantara.

Wallahualam,
Admin...

Friday, October 17, 2014

Senapang Melayu Lama di Lelong di Eropah?

Ramai pengkaji mengatakan tamadun Melayu Nusantara (Tanah Melayu, Indonesia, Siam Patani, Champa etc) merupakan tamadun tertua di dunia.

Teknologi persenjataan juga dikatakan bermula dari Nusantara... kalau tidak masakan perkataan Istinggar, Terakol dan Pemuras boleh wujud di Nusantara sejak dari dahulu kala lagi jika benda ini tidak ada secara zahirnya?

Contoh Istinggar;


Tidak percaya...? terpulang kepada anda untuk mengkaji tentang hal ini.

Yang pasti, terdapat satu laman web dari negara barat membuat lelongan Senapang Melayu lama (di panggil Instinggar) di Eropah. 

Kalau masih lagi tak percaya, anda boleh lawati laman web dibawah nama christies.com ini.

Ini dia Istinggar di maksudkan itu;



Ini adalah petikan dari artikel Christie;

Lot Description :
 
A MALAY MATCHLOCK LONG GUN MALAYSIA, 19TH CENTURY
Of typical form with heavy brass furniture including a trigger and serpentine with stepped temple design, a dark wood butt with copper plating at end, the extended lock and trigger plates with elegant palmette motifs on either end, the trigger guard with engraved quatrefoil design, both sides of rifle butt with applied copper and brass floral and quatrefoil appliqu├ęs, tin plated faceted barrel attached to lacquered wood stock with three silver brackets, with ivory headed ramrod
 52in. (132.1cm.) long


Special Notice
 Prospective purchasers are advised that several countries prohibit the importation of property containing materials from endangered species, including but not limited to coral, ivory and tortoiseshell. Accordingly, prospective purchasers should familiarize themselves with relevant customs regulations prior to bidding if they intend to import this lot into another country.

Saleroom Notice
Please note that this lot requires a CITES licence for export.


Terpulang kepada anda, anda boleh fikir, boleh kaji dan boleh menghakiminya.


Wallahualam,
Admin

Saturday, October 11, 2014

Jong Melayu - Gergasi Laut Yang Digeruni

Untuk Renungan... tanya empunya badan, perah empunya akal...

Tanggal 1513, Patih Yunus yang mengepalai serangan angkatan laut kerajaan Mataram di Pulau Jawa menentang tentera Portugis di Melaka. Seorang Portugis, Fernando Peres de Andrade.

Fernando Peres de Andrade menulis;
"Jong Patih Yunus begitu besar sekali sehinggakan Anunciada (kapal perang panglima laut Portugis) yang berada di sebelah jong Patih Yunus, tidak lagi kelihatan seperti sebuah kapal".
(Ahmad Jelaini Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Selat Melaka, Abad Ke-15 Hingga Ke-18 mukasurat 159 merujuk kepada tulisan Cortesao A, 1967 berkenaan catatan The Suma Oriental Of Tome Pires)


Jong merupakan kapal Bangsa Melayu yang digunakan sebagai kapal perang dan juga kapal dagang di zaman dahulu kala. Saiznya hampir dua kali ganda daripada kapal bangsa Eropah. 

Jong Melayu tidak dibenarkan berlabuh di dermaga China kerana saiznya yang terlalu besar sehingga saudagar-saudagar Melayu melabuhkan Jong mereka sedikit jauh dari pelabuhan.
Ilustrasi Jong Melayu

Anthony Reid dalam bukunya Charting The Shape Of Early Modern Southeast Asia telah menggunakan istilah leviathan untuk menggambarkan Jong Melayu yang membawa makna "Raksasa Laut" atau "Kapal Gergasi".
Lakaran jong dibuat berdasarkan lakaran yang dibuat di Melaka dalam tahun 1613 oleh sarjana Portugis bernama Godinho de Eredia ketika penghujung zaman Jong Melayu.

Lihat perbandingan antara kapal Galleon milik Barat dengan Jong Melayu. 
Lebih menarik, kapal gergasi tersebut tidak menggunakan paku dan dindingnya tahan di bedil peluru meriam Barat.

Wallahualam...

Friday, October 10, 2014

Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani

Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki merupakan imam yang juga ulamak yang sangat saya kasihi, kagumi dan hormati. Saya juga percaya beliau juga disayangi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.


Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki 

Saya pernah bertemu dengan beliau 'in person' pada tahun 2014 semasa menunaikan ibadah Tarawih di bulan Ramadhan di Masjid Besar Sabak Bernam. Sempat bersalaman dengan beliau sebaik sahaja selepas menunaikan solat, alhamdulillah...Tabaraq.



Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1979 di Kota Suci Makkah Al-Mukaramah, Arab Saudi. Sheikh dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan Al Quran di Masjid Al-Haram dan boleh mempedengar kan bacaan Quran mengikut lebih daripada 15 suara pembaca AL Quran yang hebat-hebat termasuk Sheik Masyaari Al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy. 

Berikutnya adalah sedutan video yang menceritakan sedikit sebanyak asal usul dan pembesaran beliau...




Berketurunan kacukan Melayu dan Thailand, walaupun lama menetap di Mekah tetapi beliau boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik sekali.

Sheikh Abdul Karim mula belajar dan mendalam talaqqi dan hafiz Al-Quran bermula pada usia 8 tahun di Masjidil Haram.

Menyambung pelajaran di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif, Arab Saudi dan melanjutakan pelajaran di Maahad Darul Maarif, Thailand dan Maahad Ali Li Al-Dirasat Al-Islamiyyah Wal-Arabiayyah (MADIWA) Perak. 

Berikut merupakan bacaan sural Al-Mulk... pasti akan menggetarkan jiwa muslimin dan muslimat.




Menamatkan pendidikan Syariat Islam dari Universiti Al Azhar dan mendapat biasiswa jurusan Tafsir dan Hadis di Universiti King Saud, Arad Saudi.

Sekarang Sheikh Abdul Karim bertugas sebagai Imam di Masjid Negeri Sultan Salahudin, Shah Alam Selangor disamping menjadi jemputan di rancangan di TV9 dan TV Al-Hijrah. 


Beliau juga antara muazim yang azan di TV9 dan TV Hijrah. Kita boleh dapatkan CD bacaan ayat Al Quran Sheikh Abdul Karim di kedai-kedai yang menjual CD agama.

Wallahualam...

Pelayar Melayu Dahulu Pelayar Hebat

Pelayar-pelayar Melayu disebut oleh ahli-ahli sejarah sebagai skilled navigators yang mampu merentas lautan tanpa menggunakan kompas dan peta. Mereka hanya menggunakan angin dan bintang sebagai panduan. Mereka membaca cuaca dengan meneliti bentuk awan dan warna langit, air dan alun serta riak ombak. Melalui pemerhatian terhadap burung dan alun laut mereka dikatakan dapat mengetahui kedudukan sesebuah daratan dari jarak 30 batu dari laut! Jong-jong Melayu pula diperbuat daripada kayu keras dan tidak menggunakan paku. 

Papan dan kayu diikat menggunakan penyambung kayu dan jika perlu rotan dan akar yang tahan akan digunakan. Jong-jong ini dilengkapi dengan empat layar dan dua kemudi. Setiap jong juga boleh memuatkan barangan seberat 500 hingga 1000 tan melebihi keupayaan mana-mana kapal layar pada masa itu. Menurut Tome Pires dari segi efisiensi jong Melayu adalah lebih baik daripada mana-mana kapal yang wujud pada abad ke 15. Keunikan jong Melayu yang membezakannya dengan kapal-kapal lain ialah semenjak beberapa abad sebelum masihi sehingga 4 masihi adalah kebolehannya meredah angin dan justeru itu meneroka lautan yang luas dan dalam.

Lancang Kuning

Replica Lancang Kuning

Setelah melihat kehebatan jong-jong Melayu ini selama berabad-abad berniaga, bangsa-bangsa pedagang lain seperti India, china, Arab sehingga sepanyol dan portugis mula meniru teknologi yang dipakai oleh orang Melayu. Teknologi unik yang membolehkan orang Melayu meredah badai ini adalah layar yang berbentuk empat segi yang dipasang satu didepan dan satu di burritan jong. Layar ini dicondongkan ke bawah dan boleh pula dipusing-pusingkan ke kiri atau ke kanan. Layar istimewa ini membolehkan jong Melayu meredah dan menentang badai dengan mudah dengan cara menghadapkannya di bahagian hadapan kepada tiupan angin secara menyerang. 

Layar empat segi di belakang dipusingkan untuk memerangkap angin tadi supaya ianya bertiup secara terlencong ke hadapan menolak layar-layar di tengah melawan badai. Justeru jong dapat bergerak kehadapan secara menyerong. Dengan memanipulasikan layar empat segi secara menggilirkan pusingannya maka jong dapat berlayar terus menerkam menentang tupan angina dan badai mengikut laluan zig-zag. Dengan menggunakan layar ini para pelayar Melayu mempunyai banyak competitive advantage untuk berdepan dengan pedagang lain. Mereka boleh ke China, India, yaman, malahan mungkin Madagaskar dan Mesir pada bila-bila masa mereka suka tanpa menunggu tiupan angin yang sesuai.

Antara binaan lama Jong Melayu
Penggunaan teknologi ini bertahan ditangan orang Melayu sehingga abad ke 1 sebelum masihi dimana para pelayar Arab yang berdagang sekitar lautan Hindi mula menirunya. Pada abad ketiga selepas masihi pelayar Arab mula menggunakannya di lautan meditranien. Iainya kemudian ditiru oleh pelayar portugis pada abad ke 15 masihi. Dengan menggunakan teknologi inilah kapal-kapal portugis dapat berlayar merentas badai sehingga ke Melaka dan kemudian menemui New World di Amerika. 

Satu lagi teknologi ciptaan Melayu ialah outrigger yang menjadi pengimbang untuk menstabilkan perahu induk. Dengan perahu yang menggunakan outrigger ini orang Melayu berhijrah 3000 batu ke barat menduduki pulau madagaskar dan berbelas batu ke selatan menduduki pulau-pulau pasifik semenjak millenium sebelum masihi. Pendek kata sifat berani orang Melayu telah wujud sejak 5000 tahun sebelum masihi lagi!

Kapal Bugis

Menurut catatan fa xian iaitu seorang sami buddha dari China yang berjalan ke India menggunakan jalan daratan gunung dan balik semula ke China menggunakan jalan laut dengan mengguanakan kapal Melayu. Beliau menyatakan bahawa orang-orang yang boleh menerkam badai adalah lebih hebat daripada org yang mendaki puncak gunung. Pada tahun 399 masihi fa xian yang berumur 65 tahun berangkat dari Changan menuju ke utara India untuk bertapa dan menuntut ilmu. 

Beliau memilih jalan darat yang membawanya merempuh padang pasir, memanjat gunung karakoram, meniti lerengan setinggi 8000 kaki dimana udaranya kurang oksigen dan menyusahkan usaha menngangkat kaki. Selepas bertapa dan berguru di India selama 15 tahun akhirnya beliau kembali ke China pada tahun 415 masihi. Beliau tidak lagi berani mengambil laluan yang sama dijalaninya kerana pengalamannya yang terlalu ngeri.

Wallahualam