Tanggal 1513, Patih Yunus yang mengepalai serangan angkatan laut kerajaan Mataram di Pulau Jawa menentang tentera Portugis di Melaka. Seorang Portugis, Fernando Peres de Andrade. Kisa mereka ada dalam catatan Fernando Peres mengenai kehebatan kapal Melayu yang sangat besar mengatasi besarnya kapal mereka.
Fernando Peres de Andrade menulis;
"Jong Patih Yunus begitu besar sekali sehinggakan Anunciada (kapal perang panglima laut Portugis) yang berada di sebelah jong Patih Yunus, tidak lagi kelihatan seperti sebuah kapal".
(Ahmad Jelaini Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Selat Melaka, Abad Ke-15 Hingga Ke-18 mukasurat 159 merujuk kepada tulisan Cortesao A, 1967 berkenaan catatan The Suma Oriental Of Tome Pires)
Kapal ini di panggil JONG, Jong merupakan kapal Bangsa Melayu yang digunakan sebagai kapal perang dan juga kapal dagang di zaman kegemilangan empayar Melayu tua Langkasuka hinggalah era Empayar Melaka. Saiznya hampir dua kali ganda daripada kapal kebanggaan bangsa Eropah yang dipanggil Galleon (geliung).
Mengikut catatan sejarah, Jong Melayu tidak dibenarkan berlabuh di dermaga pelabuhan China kerana saiznya yang terlalu besar. Saudagar-saudagar Melayu hanya dibenarkan melabuhkan Jong mereka sedikit jauh dari pelabuhan (INGAT ini)
Ilustrasi Jong Melayu |
Anthony Reid dalam bukunya Charting The Shape Of Early Modern Southeast Asia telah menggunakan istilah leviathan untuk menggambarkan Jong Melayu yang membawa makna "Raksasa Laut" atau "Kapal Gergasi".
Lakaran jong dibuat berdasarkan lakaran yang dibuat di Melaka dalam tahun 1613 oleh sarjana Portugis bernama Godinho de Eredia ketika penghujung zaman Jong Melayu.
Petikan 'Portuguese Documents On Malacca' mukasurat 213
“Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya (apabila menyerang jong), dan dinding jong setebal empat lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam”
Catatan Tom Pires menceritakan bahawa kapal Jong Melayu dari Melaka dan Sumatra apabila berlabuh di Canton China pasti diarahkan berlabuh jauh dari pantai kerana dikhuatiri besarnya Jong Melayu akan menewaskan 20 kapal Cina.
Bangsa Melayu merupakan bangsa yang pakar di dalam menerokai bidang maritim antaranya dalam pembuatan kapal-kapal besar, navigasi dan undang-undang Kanun Laut (kanun bertulis yang pertama di dunia) untuk menjaga keselamatan laluan perdagangan.
Ingat ini! Melaka pernah menjadi sumber kekayaan Empayar Kahalifah Uthmaniah, Pelabuhan Kota melaka meprupakan salah satu daripada 3 Pelabuhan terbesar di dunia ketika itu, sehingga ada catatan Portugis menyatakan hampir 2 ribu kapal berlabuh keluar masuk ke kota melaka setiap hari, lebih 80 bahasa menjadi tuturan di kota Melaka dan BAHASA MELAYU (INGAT ini) menjadi bahasa perantaraan (Lingua Franca) pada era itu, bukannya bahasa Inggeris.
Dalam suatu gambar yang diambil dari Muzium Portugis, sebuah kapal perang terbesar Portugis diilustrasikan sebelah-menyebelah dengan kapal Jong Melayu yang mana saiznya adalah berukuran 100 meter dan setinggi 25 tingkat rumah.
lihatlah betapa hebatnya kapal-kapal rumpun Melayu sejak zaman berzaman. Sesungguhnya tamadun orang-orang Melayu Polinesia dan Nusantara adalah tamadun yang didirikan atas nama pelayaran di lautan yang luas.
Lihat perbandingan antara kapal Galleon milik Barat dengan Jong Melayu. Lebih menarik, kapal gergasi tersebut tidak menggunakan paku dan teknologi ini hanya ada diNusantara pada ketika itu. Dindingnya amat kukuh dan mampu menahan bedilan peluru besi meriam kebanggaan barat.
Bangsa Eropah dan orang-orang dari Timur juga amat kagum dengan teknologi senibina kapal dan perahu orang Melayu Polinesia dan Nusantara, Bukan setakat besar dan kukuh, malah sangat tinggi senibinanya...
Wallahualam...
Tepuk dada, tanya iman..Allah bagi akal untuk berfikir
Pati Unus itu dari Kesultanan Demak bukan dari Mataram
ReplyDelete👍
ReplyDeleteKalau xsilap kapal Melayu jong (junk) tu ade dlm game The Pirate: Caribbean Hunt .... jgn jual beli barang nama 'rum' sb tu arak.
ReplyDeletedah melayu masih berbangga dengan khazanah yang telah hilang, ditelan sumpahan dan takdiran
ReplyDeleteMelayu kena sedar dan insaf serta kembali kepada jalan yang benar ikhlas dan diredhai Allah
ReplyDeletesejarah kegemilangan Melayu lebih lama dari era kejatuhan ditangan Portugis hingga sekarang, bangkit dan kembali kepada Islam is the only solution
ReplyDeletesejarah kegemilangan Melayu lebih lama dari era kejatuhan ditangan Portugis hingga sekarang, bangkit dan kembali kepada Islam is the only solution
ReplyDeletePatutnya Dieorang Bina Kapal Gergasi Ni Dekat Melaka Bukan Kapal Kecik Ketot Portugis Flor De lama amende eth nama dia.
ReplyDeleteKalau changgih sangat jong melayu ni kenapa tak p belayar keliling dunia.kapal portugis yang kecil tu bolih belayar dari eropah sampai ke melaka dan terus menjelajah negeri melaka yang dikatakan gagah tu.sebenarnye cerita pasal kapal melayu ni semua temberang je
ReplyDelete