Saturday, October 25, 2014

Kenapa Bangsa Melayu?

"...Bangsa Melayu bangsa berhemah, dulunya agung bukannya lemah, pakar di laut di daratnya gah, di mata dunia ia bangsa yang gagah...
Bangsa terhebat negeri terkaya, bandar termaju tiada tandingnya, kalau benar bagai bicara, kenapa hilang entah ke mana...? 
Lenyap bak padang jarak padang tekukur, tidurnya lena berdengkur dengkur, dulu dipuncak jaya kini tersungkur, adakah ini nasib yang dia sudah akur?
Apa istimewanya pada bangsa, berdaulatkan ajaran tuhan yang maha esa, berpaling tidak selagi jasad bernyawa...Takkan Melayu Hilang di Dunia... (nukilan RbA)
Mulakan bicara dengan Bismillah, Assalamualaikum wbt...
Sahabat-sahabatku sekalian,
Hamba merapat tangan menyusun 10 jari, memohon maaf mengganti diri, bukanlah niat meninggi diri, cuma mencari kebenaran hakiki, kerana tak sanggup menjawab di kemudian hari, pada yang Esa pencipta alam ini.
Wahai sahabatku, mutakhir ini kita masih lena dibuai mimpi, asyik bercerita dengan isu-isu semasa kononnya inilah fitnah akhir zaman, tapi kita lupa sebenarnya kita telah terperangkap menjadi sebahagian daripada insan yang termakan fitnah akhir zaman, kita hanya meletihkan lidah berbicara isu-isu plastik rekaan golongan bangsat, musuh kepada Islam sepanjang zaman.
Sedarlah wahai sahabatku, kita hanya sedang berbicara soal-soal RANTING, manakala musuh kita sedang berbicara soal dasar AKAR umbi untuk mencari titik kelemahan kita bertujuan menundukkan bangsa kita sendiri, mereka telah pun merobek sejarah kita, mereka juga telah dan sedang memutarbelitkan fakta sejarah kita bertujuan untuk menghilangkan jati diri kita sebagai khalifah di muka bumi sang Pencipta, awas! MEREKA sedang berada 10 langkah dihadapan kita!
INGAT! dan semat kata kata ini wahai sahabatku “...WATAK utama di akhir zaman nanti akan di isi oleh WATAK terhebat dari zaman silam...” Oleh itu, watak terhebat di zaman silam haruslah dilenyapkan dari muka bumi.
INGAT! apa yang berlaku hari ini bernisbahkan daripada peristiwa kehancuran dan putar belit sejarah yang lampau. Prinsipnya amat mudah, kalau ingin menghancurkan sebatang pokok, maka akarnya patut dibinasakan terlebh dahulu... Untuk melemah sesuatu Bangsa itu pula, haruslah sejarah mereka ditenggelamkan terlebih dahulu.
Natijahnya... pada hari ini kita sedang MALU dengan sejarah bangsa kita sendiri, kita sudahpun percaya bahawa kita tidak punya apa-apa, kita diperkecil dan memperkecilkan rumpun bangsa kita sendiri, Melayu itu malas, Melayu itu lemah, Melayu itu tiadalah siapa-siapa dan bukanlah apa-apa.. akhirnya “Sudah Melayu Hilang Di Dunia”
Marilah sama-sama kita cabar minda kita semua untuk merenung dan meneliti tulisan berikutnya dan meneruskan CABARAN keatas minda kita untuk kaji, kaji dan terus mengkaji.
INGAT! Nukilan ini hanyalah sebahagian daripada jutaan petikan kata-kata dari penulis rumpun alam MELAYU yang sedang bangkit dari lena, moga-moga boleh juga membangkitkan kalian semua... Nukilan ini janganlah ditelan bulat-bulat, namun jangan juga ditolak mentah-mentah, mari sama sama kita buktikan kesahihannya dari sumber kitab-kitab ilmiah yang benar yakni Al Quran dan Sahih Hadits secara langsung mahupun melalui kitab-kitab syarah ulamak dan sarjana-sarjana Islam yang muktabar.
Nukilan hamba banyak memberikan PERSOALAN sebagai JAWAPAN tidak lain hanyalah untuk menjana kecerdasan minda para pembaca budiman. Hamba tidak taksub kepada bangsa hamba, apalah yang ada pada bangsa hamba tanpa hadirnya Islam dan Iman di dada kepada tuhan yang esa. Bagi hamba "kekuatan islam itu tergantung kepada SIAPA (bangsa) yang mendukung syariatnya".
Sahabat-sahabatku sekalian,
Mula-mula, hamba akan lontarkan kepada minda pembaca budiman beberapa persoalan untuk kalian cabar minda kalian dan cetuskan pemikiran era baru dan segera bangkit, PERSOALAN-PERSOALAN PERTAMA;
--      Bangsa ini tiada nukilannya di dalam Al Quran mahupun Hadis.. apa rahsianya?
--      Manuskrip sejarah bangsa ini lupus pupus tanpa jejak... kenapa?
--      Sejarah bangsa ini seolah dipesongkan oleh tangan-tangan ghaip... siapa mereka dan kenapa?
--      Bangsa ini percaya yang mereka lemah, bodoh, dangkal... benarkah bagai dikata?
--      Bangsa ini takkan ke mana, umur barsetahun jagung, mentah... di mana kebenarannya?
--      Sejarah bangsa ini tiadalah apa2, yang terpalit hanyalah hikayat semata... kenapa begini?
PERSOALAN-PERSOALAN KEDUA yang hamba lontarkan adalah CLAIM mengenai bangsa ini yang SEBENAR, benarkah? Claim-claim ini datang dari nukilan-nukilan penulis dari pelusuk Nusantara, catatan pedagang asing dan penjajah-penjajah yang pernah ke bumi Melayu dan juga catatan kitab-kitab kuno Israeliat (Ingat jangan percaya 100% kitab-kitab ini dan jangan pula ia ditolak 100%).

Selintas lalu CLAIM ini akan kelihatan seperti cerita pak Kaduk, tak terfikir dek minda kalian semua, namun jangan cepat melatah, kaji dahulu sebelum membuat kesimpulan, sesungguh mengkaji Ilmu merupakan satu Ibadah yang dituntut di dalam Islam;
--      Bangsa ini PEMULA kepada tamadun terulung dunia satu masa dahulu
--      Bangsa ini pewaris Nabi dan Rasul-Rasul
--      Bangsa ini pelopor teknologi yang sangat canggih tak tercapai di minda
--      Bangsa ini sangat mahir di dalam Ilmu Pembuatan di eranya
--      Bangsa ini sebenarnya bangsa yang sangat mahir dalam pelayaran
--      Bangsa ini sangat hebat, kaya dan digeruni dunia
--      Bangsa ini Sinonim dengan Pembinaan Piramid
Sahabat-sahabatku sekalian,
Kalau ingin berbicara dan menceritakan tentang bangsa ini kalian wajib kembali kepada beberapa titik-titik lampau sebagai permulaan. Sudah pasti hamba akan beri beberapa KATAKUNCI berdasarkan pengalaman kajian hamba yang tak seberapa ini untuk kalian terus menelaah dan mengkaji;
TITIK PERTAMA: Titik sezaman baginda Rasullulllah Muhammad nabi junjungan kita, baginda mula dengan dakwah secara besar-besaran baginda ke arah timur jauh di zaman baginda oleh para sahabat-sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in. Inilah satu-satunya bangsa yang menerima Islam secara total tanpa perlu mengangkat pedang seolah-olah hati mereka sudahpun dipersiapkan untuk menerima Islam. Ada apa dengan bangsa ini?

Adakah mereka menganut Islam kerana takut? pasrah? atau bangsa ini sememangnya terdedah dengan akidah mentauhidkan kepada yang ESA tertanam di dalam dada sebelum kedatangan Sahabat2, tabi’in dan tabi’ tabi’in? Selepas kedatangan Islam, mereka pernah menguasai dunia sebagai salah sebuah pusat perdagangan terbesar dan menjadi sumber kekayaan dunia.
Untuk terus mengkaji, layarilah katakunci-katakunci ini;
GOLDEN CHERSONESE@SEMENANJUNG EMAS
EDEN OF THE EAST
MOUNT OF OPHIR
KAFUR
UTHMANIAH
LANGKASUKA
PELABUHAN KOTA MELAKA
ISTINGGAR
TARAKOL
PEMUKAS
LANTAKA
JONG
GREAT SEAFARER
BLACK HENDRY@PANGLIMA AWANG HITAM
REMPAH... DLL
TITIK KEDUA: Undur sedikit lagi masa ke zaman Abi Basyar yang ketiga yakni baginda Rasullullah Ibrahim a.s., selidik keturunan baginda dan isteri2 baginda serta anak-anak keturunan baginda kerana baginda melahirkan bangsa-bangsa yang besar dan terhebat sepanjang sejarah kemanusiaan melalui tiga pintu rahim iaitu ummu Sarah, ummu Hajjar dan Keturah (ummu Keturah tidak pernah disebut dalam hadis dan Quran? benarkah? kenapa?)
Ustaz-ustaz sering mengingatkan kita bahawa kita wajib mengimani kepada 25 orang Rasul. Selain daripada Adam, Idris, Nuh, Salleh dan Hud, kesemua Rasul2 seterusnya adalah datang dari darah keturunan Ibrahim as.

Ummu Sarah melahirkan bangsa Israel melalui Nabi Ishak & Yakub lalu memecahkan 12 keturunan bangsa Israel, Ummu Hajar melahirkan bangsa Arab melalui Nabi Ismail dan seterusnya kepada Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad.

Adakah patut kita berhenti setakat ini? Jangan sahabatku, tanya diri kita bagaimana dengan Nabi Syuaib? Baginda bukanlah berketurunan Israel mahupun Arab. Kalau bukan, dari susur galur manakah keturunan baginda? Tidak disebutkan secara zahir dalam Quran mahupun hadis2, yang ada cumalah beberapa ayat dari surah-surah yang menceritakan nabi ini dengan KAUMnya yang sangat cerdik dan hebat di dalam ilmu BERDAGANG (ingat ini) namun kemudiannya kufur kerana keangkuhan mereka, bangsa ini dilaknat dan lupus dari muka bumi, Siapa mereka?.

"...Melayu itu lahir dari rahim Nenda Siti Sarah, Melayu itu lahir dari rahim Nenda Siti Hajar, Melayu itu juga lahir dari rahim nenda Siti Keturah..."
Adakah benar bagai dikata? Kalau benar, kenapa bangsa kita kelihatan sangat lemah, senang diperkotak katik, kita bacul bila berdepan musuh yang tak seberapa, kita lupa diri bila dihambur dengan harta benda, sanggup menipu sana sini demi sesuap dua...

Katakunci;
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU
MALA-UR vs MALAGASI (Madagascar tribe)
BONDA KETURAH@QANTURA
KETURAH TOWN IN PALESTINE
SYUAIB IBNI MADYAN@MEDIAN
12 TRIBES OF ISRAEL
10 LOST TRIBE OF ISRAEL (fokus MANASEH IBNI YUSOF)
ARKADIA
AL-AQSA
KERIS
PIRAMID
AMALAN KHITAN
AL-JAWI
SALASILAH RAJA-RAJA MELAYU... DLL
TITIK KETIGA: Undur lagi ke zaman Abi Basyar yang kedua yakni Nabi Noh as, selidik tentang keturunan bangsa induk yang EMPAT, ke mana mereka menjelajah dunia sepas terselamat dari banjir besar, di manakah pula peradaban keturunan ini berlangsung? satu ke Utara, satu ke Selatan, satu ke Barat dan satu ke Timur. Kaitkan pula dengan keturunan Rasullullah Ibrahim as.
Katakunci;
SAM (pecahan kepada Huds, Salleh, Luts dan Ibrahim)
HAM, YAFITS, KANAAN
GUNUNG BERAPI TOBA
BANGSA AZTEC
BANGSA MAYA
BANGSA MALA (MALA'UR)
HIMALAYA...DLL
TITIK KEEMPAT: Undur lagi ke zaman Abi Basyar yang pertama yakni Nabi Adam as. selidik kisah anak2 baginda Habil dan Qabil, ke mana menghilangnya Qabil selepas peristiwa pembunuhan Habil, kaitkan kisah ini dengan suhuf nabi Idris as (mungkin yang asli sudah tiada) yakni manusia yang Allah kurniakan paling luas ilmunya dan pertama kalinya mencipta huruf2 dan tulisan-tulisan.
Di era bagindalah dikatakan era Tamaddun terulung LEMURIA dan ATLANTIS berada di kemuncak sebelum Allah tenggelamkan mereka dalam satu malam. Siapakah bangsa empunya tamaddun ini? Di manakah lokasi Lemuria dan Atlantis? Peradaban mereka sangat agung dan teknologi mereka dikatakan terlalu canggih melampaui zaman sekarang.
Katakunci;
QABIL
BOOK OF HANOCH@IDRIS
NEFILIN, ORC, MERMAID
BANGSA MU of LEMURIA
ATLANTIS vs PENTAS SUNDA
ABI ADAM (Adam before Adam?)...DLL
Sahabat-sahabatku sekalian,
Sekarang, katakunci sudah berada ditangan, bukalah pintu sejarah peradaban bangsa Melayu yang sebenar, bukalah hijab yang sudah lama terkubur. Ambillah masa dan waktu untuk menelaah segala bukti.

Hamba akan berikan contoh2 nota kaki kepada beberapa katakunci2 yang diberi, selebihnya luangkanlah masa untuk mencari...
jika tersilap langkah, maka perjuangan kita di tanah air hanyalah sia-sia bak menyapu lantai dengan penyapu yang kotor, debu kotornya hilang namun lantai masih terpalit nista...Wallahualam
GOLDEN CHERSONESE
"...Chersonese means peninsula in Greek, and although a few early scholars had attempted to link the Golden Chersonese with Lower Burma,
the term is now generally accepted to mean the Malay Peninsula. 
The Golden Chersonese appears in the map of Ptolemy, which gives some geographical locations on the peninsula. The earliest surviving maps of Ptolemy however came from the end of the 13th century. 
They showed that the Indian Ocean might be linked to the World Oceans, with the eastern limit of the inhabited world beyond the Malay Peninsula being the Island of the Jewel in the Sea of Darkness. The Ptolemaic eastern shore became the Dragon's Tail peninsula.
The Malay Peninsula is thought to be a producer of gold in ancient times, and gold mines in Patani and Pahang were still mentioned in the 17th century by the Malay-Portuguese writer Godinho de Erédia..." (Wikipedia) perluaskan kajian tuan hamba...
MOUNT OPHIR
"...There are a few popular opinions regarding the origin of the mountain's name. According to one opinion, ancient history points to the mountain being the site of rich gold deposits, luring traders from as far as Greece and China. Ophir was a biblical-era land rich with natural resources mentioned in the Torah, also known at the Hebrew Bible.
In the 14th Century, the Chinese seafarers plying the Straits of Malacca called it Kim Sua meaning the 'golden mountain', possibly from the Hokkien or Taiwanese words: kim, or in characters meaning gold and sua, or meaning mountain .
Another source said that the Javanese during the period of the Majapahit empire named the mountain Gunong Ledang, which means 'lofty mountain', from Archaic Javanese word ledang meaning 'show-off'. It has been called "Ophir" by British cartographers since at least 1801, based on a map from that year. The name Ophir itself is thought to have originated from any of these languages..."(Wikipedia)

LOST CITY of SUNDALAND
Kuliah dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Tajuk Kuliah : Kupasan Tentang Asal Usul Melayu
Tarikh : 25 August 2014




KAFFUR BARUS

BARUS atau ansur mungkin satu-satunya kota di Nusantara yang namanya telah disebut sejak awal abad Masehi oleh pelbagai bahasa, seperti dalam bahasa Yunani, Siriah, Armenia, Arab, India, Tamil, China, Melayu, dan Jawa. Berita tentang kejayaan Barus sebagai bandar niaga internasional dikuatkan oleh sebuah peta kuno yang dibuat oleh Ptolemy dari Kerajaan Yunani yang berpusat di Alexandria, Mesir, pada abad ke-2, di pesisir barat Sumatera terdapat sebuah bandar bernama Barousai (Barus) yang menghasilkan wewangian dari kapur barus.

Diceritakan, kapur barus yang diolah dari kayu kamfer dari Barousai itu merupakan salah satu bahan pengawetan mayat di zaman Firaun sejak Ramses II, atau sekitar 5000 BC!!!. Berdasarkan buku Nuchbatuddar tulisan Addimasqi, Barus juga dikenal sebagai daerah awal masuknya agama Islam sekitar abad ke-7. Makam tua di kompleks pemakaman Mahligai, Barus yang di batu nisannya tertulis Syekh Rukunuddin wafat tahun 672 Masehi atau 48 Hijriah, menguatkan adanya komuniti Muslim di daerah ini pada era itu....tuan hamba teruskan mengkaji
Sahabat-sahabatku sekalian,
Hamba mampu berhenti di sini, nukilan hamba mungkin bersambung, doakan hamba...

Wallahualam,
-RbA-

Friday, October 17, 2014

Senapang Melayu Lama di Lelong di Eropah?

Ramai pengkaji mengatakan tamadun Melayu Nusantara (Tanah Melayu, Indonesia, Siam Patani, Champa etc) merupakan tamadun tertua di dunia.

Teknologi persenjataan juga dikatakan bermula dari Nusantara... kalau tidak masakan perkataan Istinggar, Terakol dan Pemuras boleh wujud di Nusantara sejak dari dahulu kala lagi jika benda ini tidak ada secara zahirnya?

Contoh Istinggar;


Tidak percaya...? terpulang kepada anda untuk mengkaji tentang hal ini. Hipotesis tidak akan menjadi fakta tanpa adanya bukti yang sahis. Bukti yang sahih tidak akan wujud tanpa adanya penkajian yang berdisiplin...

Yang pasti, terdapat satu laman web dari negara barat membuat lelongan Senapang Melayu lama (di panggil Instinggar) di Eropah. 

Kalau masih lagi tak percaya, anda boleh lawati laman web dibawah nama christies.com ini.

Ini dia Istinggar di maksudkan itu;



Ini adalah petikan dari artikel Christie;

Lot Description :

A MALAY MATCHLOCK LONG GUN MALAYSIA, 19TH CENTURY
Of typical form with heavy brass furniture including a trigger and serpentine with stepped temple design, a dark wood butt with copper plating at end, the extended lock and trigger plates with elegant palmette motifs on either end, the trigger guard with engraved quatrefoil design, both sides of rifle butt with applied copper and brass floral and quatrefoil appliqués, tin plated faceted barrel attached to lacquered wood stock with three silver brackets, with ivory headed ramrod
 52in. (132.1cm.) long


Special Notice
 Prospective purchasers are advised that several countries prohibit the importation of property containing materials from endangered species, including but not limited to coral, ivory and tortoiseshell. Accordingly, prospective purchasers should familiarize themselves with relevant customs regulations prior to bidding if they intend to import this lot into another country.

Saleroom Notice
Please note that this lot requires a CITES licence for export.


Anda boleh fikir, boleh kaji dan boleh menghakiminya.


Wallahualam,
Admin

Saturday, October 11, 2014

Jong Melayu - Gergasi Laut Yang Digeruni

Untuk Renungan... tanya empunya badan, perah empunya akal...

Tanggal 1513, Patih Yunus yang mengepalai serangan angkatan laut kerajaan Mataram di Pulau Jawa menentang tentera Portugis di Melaka. Seorang Portugis, Fernando Peres de Andrade. Kisa mereka ada dalam catatan Fernando Peres mengenai kehebatan kapal Melayu yang sangat besar mengatasi besarnya kapal mereka.

Fernando Peres de Andrade menulis;
"Jong Patih Yunus begitu besar sekali sehinggakan Anunciada (kapal perang panglima laut Portugis) yang berada di sebelah jong Patih Yunus, tidak lagi kelihatan seperti sebuah kapal".
(Ahmad Jelaini Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Selat Melaka, Abad Ke-15 Hingga Ke-18 mukasurat 159 merujuk kepada tulisan Cortesao A, 1967 berkenaan catatan The Suma Oriental Of Tome Pires)


Kapal ini di panggil JONG, Jong merupakan kapal Bangsa Melayu yang digunakan sebagai kapal perang dan juga kapal dagang di zaman kegemilangan empayar Melayu tua Langkasuka hinggalah era Empayar Melaka. Saiznya hampir dua kali ganda daripada kapal kebanggaan bangsa Eropah yang dipanggil Galleon (geliung). 

Mengikut catatan sejarah, Jong Melayu tidak dibenarkan berlabuh di dermaga pelabuhan China kerana saiznya yang terlalu besar. Saudagar-saudagar Melayu hanya dibenarkan melabuhkan Jong mereka sedikit jauh dari pelabuhan (INGAT ini)
Ilustrasi Jong Melayu

Anthony Reid dalam bukunya Charting The Shape Of Early Modern Southeast Asia telah menggunakan istilah leviathan untuk menggambarkan Jong Melayu yang membawa makna "Raksasa Laut" atau "Kapal Gergasi".
Lakaran jong dibuat berdasarkan lakaran yang dibuat di Melaka dalam tahun 1613 oleh sarjana Portugis bernama Godinho de Eredia ketika penghujung zaman Jong Melayu.


Petikan 'Portuguese Documents On Malacca' mukasurat 213

“Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya (apabila menyerang jong), dan dinding jong setebal empat lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam” 

Catatan Tom Pires menceritakan bahawa kapal Jong Melayu dari Melaka dan Sumatra apabila berlabuh di Canton China pasti diarahkan berlabuh jauh dari pantai kerana dikhuatiri besarnya Jong Melayu akan menewaskan 20 kapal Cina.

Bangsa Melayu merupakan bangsa yang pakar di dalam menerokai bidang maritim antaranya dalam pembuatan kapal-kapal besar, navigasi dan undang-undang Kanun Laut (kanun bertulis yang pertama di dunia) untuk menjaga keselamatan laluan perdagangan.


Ingat ini! Melaka pernah menjadi sumber kekayaan Empayar Kahalifah Uthmaniah, Pelabuhan Kota melaka meprupakan salah satu daripada 3 Pelabuhan terbesar di dunia ketika itu, sehingga ada catatan Portugis menyatakan hampir 2 ribu kapal berlabuh keluar masuk ke kota melaka setiap hari, lebih 80 bahasa menjadi tuturan di kota Melaka dan BAHASA MELAYU (INGAT ini) menjadi bahasa perantaraan (Lingua Franca) pada era itu, bukannya bahasa Inggeris.

Dalam suatu gambar yang diambil dari Muzium Portugis, sebuah kapal perang terbesar Portugis diilustrasikan sebelah-menyebelah dengan kapal Jong Melayu yang mana saiznya adalah berukuran 100 meter dan setinggi 25 tingkat rumah.

lihatlah betapa hebatnya kapal-kapal rumpun Melayu sejak zaman berzaman. Sesungguhnya tamadun orang-orang Melayu Polinesia dan Nusantara adalah tamadun yang didirikan atas nama pelayaran di lautan yang luas. 



Lihat perbandingan antara kapal Galleon milik Barat dengan Jong Melayu. Lebih menarik, kapal gergasi tersebut tidak menggunakan paku dan teknologi ini hanya ada diNusantara pada ketika itu. Dindingnya amat kukuh dan mampu menahan bedilan peluru besi meriam kebanggaan barat.

Bangsa Eropah dan orang-orang dari Timur juga amat kagum dengan teknologi senibina kapal dan perahu orang Melayu Polinesia dan Nusantara, Bukan setakat besar dan kukuh, malah sangat tinggi senibinanya...

Wallahualam...
Tepuk dada, tanya iman..Allah bagi akal untuk berfikir

Friday, October 10, 2014

Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani

Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki merupakan imam yang juga ulamak yang sangat saya kasihi, kagumi dan hormati. Saya juga percaya beliau juga disayangi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.


Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki 

Saya pernah bertemu dengan beliau 'in person' pada tahun 2014 semasa menunaikan ibadah Tarawih di bulan Ramadhan di Masjid Besar Sabak Bernam. Sempat bersalaman dengan beliau sebaik sahaja selepas menunaikan solat, alhamdulillah...Tabaraq.



Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1979 di Kota Suci Makkah Al-Mukaramah, Arab Saudi. Sheikh dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan Al Quran di Masjid Al-Haram dan boleh mempedengar kan bacaan Quran mengikut lebih daripada 15 suara pembaca AL Quran yang hebat-hebat termasuk Sheik Masyaari Al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy. 

Berikutnya adalah sedutan video yang menceritakan sedikit sebanyak asal usul dan pembesaran beliau...




Berketurunan kacukan Melayu dan Thailand, walaupun lama menetap di Mekah tetapi beliau boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik sekali.

Sheikh Abdul Karim mula belajar dan mendalam talaqqi dan hafiz Al-Quran bermula pada usia 8 tahun di Masjidil Haram.

Menyambung pelajaran di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif, Arab Saudi dan melanjutakan pelajaran di Maahad Darul Maarif, Thailand dan Maahad Ali Li Al-Dirasat Al-Islamiyyah Wal-Arabiayyah (MADIWA) Perak. 

Berikut merupakan bacaan sural Al-Mulk... pasti akan menggetarkan jiwa muslimin dan muslimat.




Menamatkan pendidikan Syariat Islam dari Universiti Al Azhar dan mendapat biasiswa jurusan Tafsir dan Hadis di Universiti King Saud, Arad Saudi.

Sekarang Sheikh Abdul Karim bertugas sebagai Imam di Masjid Negeri Sultan Salahudin, Shah Alam Selangor disamping menjadi jemputan di rancangan di TV9 dan TV Al-Hijrah. 


Beliau juga antara muazim yang azan di TV9 dan TV Hijrah. Kita boleh dapatkan CD bacaan ayat Al Quran Sheikh Abdul Karim di kedai-kedai yang menjual CD agama.

Wallahualam...
kenali bangsa Melayu

Pelayar Melayu Dahulu Pelayar Hebat

Pelayar-pelayar Melayu disebut oleh ahli-ahli sejarah sebagai skilled navigators yang mampu merentas lautan tanpa menggunakan kompas dan peta. Mereka hanya menggunakan angin dan bintang sebagai panduan. Mereka membaca cuaca dengan meneliti bentuk awan dan warna langit, air dan alun serta riak ombak. Melalui pemerhatian terhadap burung dan alun laut mereka dikatakan dapat mengetahui kedudukan sesebuah daratan dari jarak 30 batu dari laut! Jong-jong Melayu pula diperbuat daripada kayu keras dan tidak menggunakan paku. 

Papan dan kayu diikat menggunakan penyambung kayu dan jika perlu rotan dan akar yang tahan akan digunakan. Jong-jong ini dilengkapi dengan empat layar dan dua kemudi. Setiap jong juga boleh memuatkan barangan seberat 500 hingga 1000 tan melebihi keupayaan mana-mana kapal layar pada masa itu. Menurut Tome Pires dari segi efisiensi jong Melayu adalah lebih baik daripada mana-mana kapal yang wujud pada abad ke 15. Keunikan jong Melayu yang membezakannya dengan kapal-kapal lain ialah semenjak beberapa abad sebelum masihi sehingga 4 masihi adalah kebolehannya meredah angin dan justeru itu meneroka lautan yang luas dan dalam.

Lancang Kuning

Replica Lancang Kuning

Setelah melihat kehebatan jong-jong Melayu ini selama berabad-abad berniaga, bangsa-bangsa pedagang lain seperti India, china, Arab sehingga sepanyol dan portugis mula meniru teknologi yang dipakai oleh orang Melayu. Teknologi unik yang membolehkan orang Melayu meredah badai ini adalah layar yang berbentuk empat segi yang dipasang satu didepan dan satu di burritan jong. Layar ini dicondongkan ke bawah dan boleh pula dipusing-pusingkan ke kiri atau ke kanan. Layar istimewa ini membolehkan jong Melayu meredah dan menentang badai dengan mudah dengan cara menghadapkannya di bahagian hadapan kepada tiupan angin secara menyerang. 

Layar empat segi di belakang dipusingkan untuk memerangkap angin tadi supaya ianya bertiup secara terlencong ke hadapan menolak layar-layar di tengah melawan badai. Justeru jong dapat bergerak kehadapan secara menyerong. Dengan memanipulasikan layar empat segi secara menggilirkan pusingannya maka jong dapat berlayar terus menerkam menentang tupan angina dan badai mengikut laluan zig-zag. Dengan menggunakan layar ini para pelayar Melayu mempunyai banyak competitive advantage untuk berdepan dengan pedagang lain. Mereka boleh ke China, India, yaman, malahan mungkin Madagaskar dan Mesir pada bila-bila masa mereka suka tanpa menunggu tiupan angin yang sesuai.

Antara binaan lama Jong Melayu
Penggunaan teknologi ini bertahan ditangan orang Melayu sehingga abad ke 1 sebelum masihi dimana para pelayar Arab yang berdagang sekitar lautan Hindi mula menirunya. Pada abad ketiga selepas masihi pelayar Arab mula menggunakannya di lautan meditranien. Iainya kemudian ditiru oleh pelayar portugis pada abad ke 15 masihi. Dengan menggunakan teknologi inilah kapal-kapal portugis dapat berlayar merentas badai sehingga ke Melaka dan kemudian menemui New World di Amerika. 

Satu lagi teknologi ciptaan Melayu ialah outrigger yang menjadi pengimbang untuk menstabilkan perahu induk. Dengan perahu yang menggunakan outrigger ini orang Melayu berhijrah 3000 batu ke barat menduduki pulau madagaskar dan berbelas batu ke selatan menduduki pulau-pulau pasifik semenjak millenium sebelum masihi. Pendek kata sifat berani orang Melayu telah wujud sejak 5000 tahun sebelum masihi lagi!

Kapal Bugis

Menurut catatan fa xian iaitu seorang sami buddha dari China yang berjalan ke India menggunakan jalan daratan gunung dan balik semula ke China menggunakan jalan laut dengan mengguanakan kapal Melayu. Beliau menyatakan bahawa orang-orang yang boleh menerkam badai adalah lebih hebat daripada org yang mendaki puncak gunung. Pada tahun 399 masihi fa xian yang berumur 65 tahun berangkat dari Changan menuju ke utara India untuk bertapa dan menuntut ilmu. 

Beliau memilih jalan darat yang membawanya merempuh padang pasir, memanjat gunung karakoram, meniti lerengan setinggi 8000 kaki dimana udaranya kurang oksigen dan menyusahkan usaha menngangkat kaki. Selepas bertapa dan berguru di India selama 15 tahun akhirnya beliau kembali ke China pada tahun 415 masihi. Beliau tidak lagi berani mengambil laluan yang sama dijalaninya kerana pengalamannya yang terlalu ngeri.

Wallahualam